Pelawat

Saturday, August 30, 2014

MOHAMMAD AMIRULLAH B. ABDUL HAFIS   (17EHK14F1001)


LAWATAN KE MUZIUM NEGARA

Pada tarikh 26 Ogos 2014 Jabatan Pelancongan & Hospitality, Diploma Hotel dan Katering (DHK1C) telah mengadakan satu lawatan sambil belaja ke muzium Negara .



OBJEKTIF

Ø  Mengetahui lebih mendalam tentang sejarah Malaysia
Ø  Mempelbagaikan kaedah pembelajaran
Ø  Menambahkan ilmu pengetahuan kepada semua pelajar




LAPORAN

Pada tarikh 26 ogos 2014 pada jam 6.30 a.m bertempat di Politeknik Sultan Idris Shah, sabak bernam bermulalah perjalanan kami menuju ke muzium Negara yang disertai seramai 37 pelajar dan seorang pengiring .Sebaik sahaja kami tiba disana pada jam 10.00 a.m kami telah disambut oleh dua staf muzium iaitu Encik Badrol Hisyam b.Abdul Rahman dan juga Puan Fadhliatun bt Azmi. Pada jam tersebut juga mereka telah membawa kami melawat sekitar muzium Negara di mana mereka telah menceritakan kepada kami serba sedikit tentang sejarah Malaysia, daripada awal tamadun, system perintahan, perkembangan social, penjajahan, serta pembentukan Malaysia. Maklumat yang diberikan oleh meraka walaupun lebih kurang dua jam amat berguna untuk kami menimba ilmu walaupun hanya sekejap. Pelbagai bukti dan khazanah yang dapat kami lihat dan serba sedikit telah memberikan kepada kami ilmu pengetahuan yang berguna kepada kami. Pada jam 12.00 tengah hari kami telah menikmati makan tengah hari yang disediakan oleh AJK Makanan di cafeteria Muzium tersebut. Ini juga salah satu kemudahan yang terdapat di muzium tersebut selain itu terdapat juga kedai cerdamata, tandas, surau yang disediakan di tempat tersebut. Selesai sahaja makan tengah hari pada jam 1.00 p.m kami telah diberi kebenaran oleh pengiring kami iaitu En.Mohamad Kazar b. Razali untuk melawat sekitar tempat tersebut selama setengah jam. Sebaik sahaja jam 1.30 p.m kami telah berkumpul semula di tempat yang telah ditetapkan di mana berakhirlah lawatan kami di muzium Negara. Sampainya kami di Politeknik Sultan Idris Shah pada jam 4.00 p.m kami semua telah diberi pelepasan pulang daripada pengiring kami. Ini lah serba sedikit yang dapat saya kongsikan kepada anda semua .







KESIMPULAN
Pelbagai ilmu yang anda boleh pelajari di muzium Negara. Tentang sejarah Malaysia tanah air kita, sebagai rakyat Malaysia kita mestilah mengetahui lebih mendalam tentang sejarah perjalan tanah air yang tercinta agar dapat kita menanam semangat patriotik dan semangat cinta akan Negara,




MUZIUM NEGARA

Muzium Negara telah dibuka pada 31 ogos 1963 dan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong yang ke-3.  Muzium Negara terbahagi kepada 4 jenis galeri iaitu :-

Ø  Galeri (A) = Sejarah Awal / Tamadun Manusia
Ø  Galeri (B) = Kerajaan Awal Tanah Melayu
Ø  Galeri (C) = Penjajahan Tanah Melayu
Ø  Galeri (D) = Malaysia Kini




           Al-Quran tulisan tangan yang berasal dari Nusantara
Bunga Emas


Pintu masuk Muzium Negara



1 comment: