Pelawat

Thursday, July 10, 2014

APA ITU MAHKAMAH ?

Mahkamah ialah satu tempat atau sidang bagi melaksanakan sesuatu hukuman atau perlaksanaan undang-undang yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara .



PENGENALAN

Apabila kita berkata tentang ‘mahkamah’ ia adalah satu gambaran tentang perlaksanaan undang-undang yang telah diputuskan oleh jabatan kehakiman yang telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Mahkamah bukan sahaja tempat melaksanakan hukuman-hukuman jenayah malah mahkamah juga adalah tempat melaksanakan hukuman-hukuman agama dan sebagaiya. Mahkamah juga terbahagi kepada beberapa jenis mahkamah :-

HIERARKI MAHKAMAH SIVIL DI MALAYSIA


MAHKAMAH PERSEKUTUAN
Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah tertinggi dan mahkamah terakhir untuk membuat rayuan di Malaysia. Peranan utamanya ialah untuk menentukan sama ada undang-undang yang digubal di Parlimen atau Dewan Negeri adalah sah atau tidak kerana ia diluar bidangkuasa masing-masing. Mahkamah ini juga berkuasa untuk menyelesaikan masalah pertikaian undang-undang antara negeri atau antara kerajaan Persekutuan dengan sesebuah negeri. Mahkamah Persekutuan ini diketuai oleh Ketua Hakim Negara.
Mahkamah Persekutuan dianggotai oleh 7 orang hakim mahkamah persekutuan yang terdiri daripada Ketua Hakim Negara atau Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Semenanjung, Hakim Besar Sabah dan Sarawak dan 3 Hakim lain.

FUNGSI-FUNGSI  :-
o Mendengar rayuan-rayuan kes daripada mahkamah rayuan .
o Memutuskan rayuan terhadap kes daripada mahkamah rayuan .
o Menyelesaikan pertikaian antara kerajaan ngeri dengan kerajan persekutuan .
o Berkuasa menentukan pengesahan bagi undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.



MAHKAMAH RAYUAN

Mahkamah Rayuan mula diperkenalkan dalam struktur hierarki mahkamah di Malaysia pada tahun 1994. Penubuhannya bertujuan untuk mewujudkan saluran tambahan bagi mendengar kes-kes rayuan daripada Mahkamah Tinggi dan juga bertujuan untuk mengurangkan beban Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Rayuan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi (yang digelar "Presiden Mahkamah Rayuan") dan, sehingga diperuntukan melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong, sepuluh  orang hakim lain . Seseorang hakim Mahkamah Tinggi boleh bersidang sebagai hakim Mahkamah Rayuan juga .


FUNGSI-FUNGSI  :-
Memutuskan mana-mana kes rayuan terhadap keputusan mahkamah tinggi .
Mendengar kes rayuan daripada mahkamah tinggi .
Boleh mengenakan hukuman penjara atau hukuman mati .
Kes yang melibatkan tuntutan tidak kurang dripada RM250 000


MAHKAMAH SEKSYEN

Mahkamah Seksyen adalah mahkamah tertinggi di kalangan mahkamah rendah .Mahkamah Seksyen mempunyai bidang kuasa pengadilan jenayah bagi semua kesalahan, kecuali kesalahan yang membawa hukuman mati .Mahkamah Syeksen mempunyai kuasa untuk menjatuhkan apa-apa hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang selain hukuman mati .Bagi kes sivil, jumlah nilai yang dituntut tidak boleh melebihi RM250,000Mahkamah Seksyen mempunyai kuasa menjalankan siasatan permulaan bagi kes-kes yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi .
Anggota mahkamah sesyen terdiri daripada hakim mahkamah syeksen (yang di pertua syeksen)

FUNGSI-FUNGSI  :-
Membicarakan kes-kes kemalangan kenderaan .
Mengeluarkan waran dan saman .
Mengeluarkan perintah kepada pegawai mahkamah untuk mengembalikan atau merampas harta daripada pemilik
bidangkuasa amaun yang tidak melebihi RM250,000-00sivil bagi .


MAHKAMAH MAJISTRET

Mahkamah majistret terbahagi kepada dua iaitu majistret kelas satu dan majistret kelas dua. Majistret kelas pertama mempunyai kelayakan yang sah malah mempunyai kuasa yang besar berbanding mejistret kelas dua.

MAJISTRET KELAS SATU

 - Dianggotai oleh majistret satu.
 - Sivil nilai tuntutan tidak melebihi RM 25 000.
 -Jenayah yang dibicarakan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun .

MAJISTRET KELAS DUA

Diangotai oleh pegawai daerah ,pegawai jabatan kehakiman ,jaksa pendamai .
Sivil tuntutan tidak melebihi RM 3 000
Hukuman penjara tidak melebihi 12 bulan .



MAHKAMAH PENGHULU

Mahkamah penghulu adalah mahkamah paling terendah didalam semua peringkat mahkamah. Dianggotai atau diadili oleh seorang penghulu yang diiktiraf.


FUNGSI-FUNGSI  :-
Hanya membicarakan kes-kes yang sivil tidak lebih daripada RM 50 00.
Hanya mengendalikan kes-kes yang melibatkan orang asia .


MAHKAMAH SYARIAH

Perkara 121(1A) Perlembagaan pula memperuntukkan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa bagi apa-apa perkara di bawah bidang kuasa mahkamah syariah. Mahkamah-mahkamah syariah diwujudkan oleh enakmen-enakmen di setiap negeri (dan Akta Parlimen bagi Wilayah Persekutuan) dan mempunyai bidang kuasa bagi undang-undang syariah dan ke atas orang yang menganut agama Islam sahaja.


FUNGSI-FUNGSI  :-


>> Menyelamatkan umat Islam daripada pepecahan dan keruntuhan rumahtangga.

>> Tempat menyelesaikan masalah kekeluargaan seperti nikah kahwin, penceraian, talak, fasakh, dan sebagainya.

>> Menyelesaikan masalah sosial dalam masyarakat seperti judi, minum arak, riba, khalwat, dan lain-lain perkara mungkar.

>> Membantu serta menyelesaikan pembahagian harta pusaka dan hal-hal berkaitan seperti wasiat.


SUMBER RUJUKAN

http://www.kehakiman.gov.my/node/531
http://members.tripod.com/pemudapas_b.bendera/Guaman___Undang-Undang/Badan_Kehakiman/badan_kehakiman.
htmlhttp://www.sinarharian.com.my/mengenali-sistem-kehakiman-1.204512
http://cikgurazak.blogspot.com/2010/02/sistem-kehakiman.htmlhttp://cikguzainal.blogspot.com/2011/03/sistem-kehakiman-malaysia-pengenalan.html#axzz377pyRg70







GAMBARAN SITUASI MAHKAMAH SEDANG BERLANGSUNG







18 comments:

  1. kumpulan mane ne?

    ReplyDelete
  2. Info yang sangat menarik dan memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai hierarki makhamah

    ReplyDelete
  3. hierarki mahmakah sgt rumit. tetapi dgn info yg diberikan,saya lebih faham :)

    ReplyDelete
  4. berinformasi dan tepat serta boleh dibuat rujukan untuk saya

    ReplyDelete
  5. Bagus . dapat difahami dengan mudah :)

    ReplyDelete
  6. info dan fakta yang sangat menarik

    ReplyDelete
  7. Perisian yang menarik dan penuh dengan maklumat. sangat sesuai untuk dijadikan bahan rujukan yang ringkas :)

    ReplyDelete
  8. bagus la group ni. not too crouded. and easy for me to understand the info. so, it can be my referenced material. thank you :)

    ReplyDelete
  9. Perisian yg sangat menarik dan dapat dijadikan untuk rujukan kelak. Tahniah :)!

    ReplyDelete
  10. Mudah difahami,ringkas dan padat.

    ReplyDelete
  11. Ringkas..padat.. and mudah difahami... suka sangat.. tahniah untuk group ni.. good luck..

    ReplyDelete
  12. idea yg menarik..ad tulisan x nmpak..tpi sngat bgos bnyak isi2 yg penting..hahaha:)

    ReplyDelete
  13. terima kasih :) atas maklumat yang cukup sempurna
    Like!

    ReplyDelete
  14. good information :) keep it up

    ReplyDelete
  15. dapat meningkatkn kefahaman saya terhadap fakta ini dan pengisian yang sangat kemas .goodluck :)

    ReplyDelete
  16. Info yg bagus terima Kasih kerana memberi maklumat ini untuk mengetahui dengan lebih berkesan

    ReplyDelete