Sunday, August 31, 2014

Journal Lawatan ke Muzium Negara

Selasa, 26 Ogos 2014.
Muzium Negara Malaysia,
Azlina Syafinaz binti Azni,
17DHK14F1197.

Pada hari Selasa bersamaan dengan tarikh 26 Ogos 2014, kelas kami iaitu DHK 1C telah mengadakan lawatan ke Muzium Negara yang terletak di Kuala Lumpur. Kami telah berkumpul pada jam 6.30 pagi di hadapan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. Setelah itu, kami diberi sedikit taklimat dan pada pukul 7.00 pagi, kami bertolak menaiki bas yang telah disediakan oleh PSIS. Sebelum menaiki bas, kami beratur untuk mengambil sarapan pagi.

Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam. Seawal jam 10.00 pagi, kami telah selamat tiba di Muzium Negara dan disambut oleh dua orang pegawai yang bekerja di sana iaitu Encik Badrul Hisham bin Abdul Rahman dan Puan Fadhliatun bt Azmi. Selepas itu, kami diminta masuk ke dalam Muzium dan diberi penerangan secara ringkas oleh Encik Badrul tentang tentatif program yang akan dilakukan. Lawatan pertama diteruskan dengan memasuki Galeri A. Galeri A menceritakan mengenai pra-sejarah tamadun awal yang ada di Malaysia. Encik Badrul bertugas untuk menerangkan kepada kami mengenai tamadun-tamadun awal yang ada di Malaysia.

Setelah itu, kami menuju ke Galeri B dimana kami telah diberi penerangan mengenai kerajaan awal yang pernah wujud di Malaysia. Di situ kami dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang kerajaan pada zaman dahulu. Gambar-gambar replika telah dapat membuka mata kami untuk sedar bahawa begitu banyak yang masih tidak kami tahu mengenai searah di Malaysia.

Kami menuju pulak ke tingkat 2 di mana Galeri C dan D berada. Galeri C menceritakan tentang penjajah-penajah yang pernah menjajah Tanah Melayu pada zaman dahulu sebelum kemerdekaan negara. Jajahan yang pernah berlaku pada suatu ketika dahulu, telah memberi banyak erti kepada rakyat pada masa kini. Sebagai contoh, pengorbanan tokoh-tokoh terdahulu untuk memerdekakan negara perlu disemat dan dihargai dalam diri setiap rakyat Malaysia kerana kita harus ingat bahawa tanpa mereka kita tidak akan pernah merasa untuk tinggal di negara yang berbilang kaum, bangsa, agama, dan budaya yang seaman ini. 

Di Galeri D, galeri yang terakhir kami lawati telah menerangkan tentang pembentukan Malaysia pada masa kini. Di situ, menunjukkan bagaimana pembentukan sesebuah negara berbilang bangsa yang berdaulat yang berdiri megah dan tersergam di seantero dunia. Di sini, juga dapat kita lihat perpaduan kaum dalam masyarakat dalam membentuk sebuah negara yang berdaulat.

Setelah penerangan selesai, aktiviti diteruskan dengan pemberian cenderahati oleh ketua program kepada dua orang pegawai Muzium Negara yangtelah membantu kami sepanjang kami berada di sana. Setelah itu, sesi bergambar bersama pegawai-pegawai sebagai tanda kenang-kenangan. Aktiviti kami diteruskan dengan berehat seketika dan mengambil hidangan makanan tengah hari. Sesudah itu, kami meneruskan aktiviti kami dengan melawat tempat-tempat yang ada di kawasan Muzium Negara tersebut selama 15 minit seperti yang diarahkan oleh Encik Kazar.

Akhir sekali, kami mengambil gambar beramai-ramai di hadapan pintu gerbang Muzium Negara untuk dijadikan sebagai bukti dan kenangan lawatan kami ke sana. Tepat pada pukul 2.00 petang, kami pulang ke PSIS. Sebagai kesimpulan, banyak manfaat yang telah saya dapati daripada aktiviti berkenaan dan semoga saya dapat menggunakan apa-apa yang telah saya pelajari di sana untuk pembelajaran dalam kelas.

Di bawah saya pahatkan sedikit sebanyak gambar semasa lawatan ke Muzium Negara:


Contoh tapak pada zaman Neolitik


Kitab Al-Quran pada zaman penyebaran agama Islam



Tokoh-tokoh dan hasil karya buku


Perhubungan antarabangsa antara Malaysia dengan negara lain


Gambar satu kelas bersama dengan pensyarah Pengajian Malaysia, Encik Kazar (tengah) dan dua orang pegawai Muzium Negara yang telah membantu kami.

No comments:

Post a Comment