Monday, September 8, 2014

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

Malaysia menyertai PBB pada 17 September 1957 selepas mencapai kemerdekaan.


Prinsip PBB:

i.         Menjamin keamanan dan keselematan dunia.
ii.        Memupuk hubungan harmoni antara Negara anggota.
iii.       Menyelesaikan krisis antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia.
iv.       Memupuk perkembangan dalam bidang kemasyarakatan dan memperbaiki taraf hidup masyarakat dunia.


Dasar PBB:

i.        Negara anggota wajib mematuhi Piagam PBB.
ii.       Menetapkan persamaan taraf dan kedaulatan Negara anggota.
iii.      Menyelesaikan pertelingkahan antarabangsa dengan adil dan saksama sejajar dengan piagam PBB.
iv.      Negara anggota dilarang menggunakan kekerasan terhadap Negara lain.
v.       Tidak campur tangan dalam hal ehwal sesebuah Negara kecuali ia mengancam keamanan dan keselamatan umum.



Struktur PBB:


Bil.
Organisasi dalam PBB
Peranan

1.
Perhimpunan Agung
Badan terpenting kerana berperanan melantik 5 badan lain.
2.
Majlis Keselamatan
Berperanan dalam hal ehwal keamanan dan keselamatan dunia.
3.
Majlis Ekonomi & Sosial
Berperanan menyelaras dan melaksanakan aktiviti PBB dalam bidang ekonomi, sosial, kemanusiaan dan kebudayaan.
4.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa
Berperanan memberi nasihat atas cadangan Perhimpunan Agung atau Majlis Keselamatan dan mengendalikan kes antarabangsa yang diajukan.
5.
Majlis Amanah
Berperanan menyelia dan memantau wilayah yang diamanahkan di bawah pentadbiran PBB.
6.
Sekretariat
Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang merupakan pentadbir tertinggi.








Sebab-Sebab Kemasukan Malaysia Ke PBB

i.      Melicinkan percantuman Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia
ii.      Menikmati bantuan tertentu


Isu-Isu Yang Melibatkan Malaysia dan PBB

i.        Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia diselesaikan.
ii.   Tuntutan Filipina ke atas Wilayah Sabah dibawa ke mahkamah Pengadilan Antarabangsa.
iii.       Kemasukan Sabah dan Sarawak ke Malaysia.
iv.       Pertikaian Pulau baru Putih dibawa ke Mahkamah Pengadilan Antarabangsa.

Isu dan Kegagalan PBB

i.        Kuasa Veto
ii.       Masalah Kewangan
iii.      Kelemahan Pasukan Tentera Pengaman PBB
iv.      Tidak kesepakatan negara anggota




Menangani Isu dan Kelemahan PBB

i.       Menambah bilangan anggota tetap Majlis Keselamatan dan menghapuskan atau menjadikan penggunaan kuasa veto secara berjuri agar berlaku pendemokrasian PBB
ii.        Menerima German dan Jepun sebagai ahli baru
iii.       Menyusun semula struktur PBB
iv.       Mengurangkan kos pengoperasian



Kesimpulan:


Kemasukan Malaysia ke PBB telah mendatangkan banyak faedah. Contohnya, WHO telah banyak membantu penyelidikan dan peningkatan taraf hidup rakyat, FAO membantu pengeluaran makanan manakala UNESCO telah memajukan sistem pendidikan negara.



SUMBER:

i. Buku Pengajian Malaysia Edisi Kelima m/s 468-469
ii. http://semekarcintaku.blogspot.com/2012/09/pertubuhan-bangsa-bangsa-bersatu.html







1 comment: