Sunday, August 31, 2014

Lawatan ke Muzium Negara

NUR NAQIB ALIFF BIN AZIZ
17DHK14F1095

Pada hari Selasa yang lalu iaitu bersamaan dengan 26 Ogos 2014, aku dan rakan sekelas ku telah melawat ke Muzium Negara di Kuala Lumpur. Kami telah berkumpul terlebih dahulu pada pukul 6.oo pagi di hadapan Anjung Persona di Bangunan Jabatan Hospitaliti untuk memastikan tiada yang tertinggal. Lawatan ini disertai oleh 37 orang pelajar dan seorang pensyarah pengiring. Kemudian En. Kazar memberikan beberapa penerangan sebelum kami menaiki bas. Apabila bas tiba kami pun berkumpul dan bermula dengan doa, kemudian kami beratur menaiki bas sementara itu para ajk makanan mengagihkan makan kepada kami. Kemudian kami bertolak pada pukul 6.30 pagi. Kami dibekalkan dengan dua jenis roti dan sekotak air dan kami pun bersarapan didalam bas.

Perjalan kami dari politeknik memakan masa dalam lebih kurang tiga jam untuk ke Muzium tersebut. Setibanya kami disitu kami membeli dan mengagihkan tiket terlebih dahulu. Kemudian kami telah disambut oleh dua orang pemandu pelancong disitu. Pemandu pelancong tersebut terdiri daripada Ketua kurator muzium tersebut Pn. Fadhliatun bt. Azmi dan bersama dengan pembantunya iaitu penolong kanan kurator di Muzium tersebut Encik Badrol Hisham Bin Abdul Rahman. Apabila berada didalam muzium tersebut kami diberi taklimat ringkas dahulu tentang tentatif program. Kemudian kami dibawa masuk ke dalam beberapa galeri.

Galeri A:
Galeri ini menyusur-galurkan evolusi pembentukan muka bumi dan asal usul masyarakat awal di Malaysia, yakni jumpaan alat batu Zaman Paleolitik (200,000 tahun dahulu) sehinggalah artifak peninggalan candi Hindu-Buddha di Lembah Bujang pada Zaman Proto Sejarah. Antara koleksi lain yang diperagakan termasuklah berbagai jenis tembikar Zaman Neolitik, barang-barang perhiasan seperti gelang batu, anting-anting kulit siput serta manik-manik yang digunakan sebagai barang dagangan. Salah satu artifak berharga yang dipamerkan ialah loceng Dong Son yang bertarikh 150 tahun Masihi.
Koleksi lain yang menarik di galeri ini termasuklah replika rangka Perak Man yang bertarikh 10,000-11,000 tahun dahulu diekskavasi di Gua Gunung Runtuh, Lenggong, Perak. Ia merupakan rangka manusia yang tertua dan hampir lengkap yang ditemui di Asia Tenggara. Selain itu, pengkebumian prasejarah yang merangkumi pengkebumian tempayan, keranda kayu balak, kubur kepingan batu turut dipaparkan untuk tujuan mengetahui sistem ritual dan struktur organisasi sosial masyarakat lampau.

Gambar yang menunjukkan lukisan dinding

Gambar “Perak Man”

Beberapa artifak yang terdapat di galeri A

Galeri B:
Galeri ini mempamerkan bukti-bukti sejarah perkembangan tamadun Melayu menerusi pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu di seluruh Nusantara dengan tumpuan khusus kepada kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo.
Kemunculan kerajaan-kerajaan tersebut membuktikan kewujudan suatu sistem pemerintahan yang tersusun dan sistematik di rantau ini seawal abad ke-2 Masihi yang disertai dengan pencapaian dalam bidang sosio-ekonomi khasnya perdagangan antarabangsa serta perkembangan dalam ciri-ciri kebudayaan dan kepercayaan rumpun Melayu.
Fokus utama galeri adalah berkisar kepada Kerajaan Melayu Melaka yang menjadi episod penting dalam sejarah negara. Melaka bukan sahaja terkenal sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang masyhur bahkan bangkit sebagai sebuah kerajaan yang gemilang dan agung di Asia Tenggara serta berjaya mewujudkan satu bentuk sistem pemerintahan beraja yang menjadi ikutan kepada kerajaan-kerajaan yang wujud selepasnya.

Mural Hang Tuah


Diorama Pengislaman Raja Melaka

Galeri C:
Galeri ini memaparkan sejarah negeri-negeri Melayu termasuk Sabah dan Sarawak ketika berada di bawah cengkaman kuasa asing bermula dari penjajahan Portugis pada tahun 1511 ke atas Melaka. Rentetan pencerobohan ini, kuasa-kuasa asing silih berganti kepada Belanda hingga penguasaan British dan Jepun di samping ancaman Siam berterusan menjajah Bumi Melayu.
Tarikan kuasa asing terhadap Bumi Melayu adalah kerana hasil bumi yang kaya dengan rempah dan bahan mentah. Mereka datang untuk menguasai perdagangan rempah dan mengeksploitasi bahan mentah khususnya bijih timah yang mendapat permintaan tinggi di Eropah semasa tercetusnya Revolusi Perindustrian pada kurun ke-18. Penguasaan kuasa-kuasa asing ke atas negara ini berlarutan melebihi 400 tahun. Sepanjang tempoh ini menyaksikan kekayaan negara dibolot, kemasukan imigran dari Cina dan India dan penindasan terhadap anak tempatan yang membawa kepada bibit kesedaran untuk bangkit mempertahankan ketuanan di tanahair sendiri.
Turut dimuatkan adalah kesan dan perubahan-perubahan yang dibawa dan ditinggalkan oleh penjajah dari aspek politik, sosial dan ekonomi.

Diorama Perjanjian Pangkor

Seksyen penjajahan Belanda

Galeri D:
Galeri ini menyingkap sejarah gerakan nasionalisme yang dipelopori oleh tokoh-tokoh kebangsaan sehinggalah kepada penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO (United Malay National Organisation) pada tahun 1946. Kelantangan suara menuntut hak dan pembebasan sepenuhnya dari tangan British telah diperjuangan pelbagai pihak dari pelbagai kaum sehinggalah negara ini akhirnya kembali merdeka sebagai sebuah negara yang bebas dan berdaulat pada 31 Ogos 1957 menerusi meja rundingan.
Pada 16 September 1963 negara maju setapak lagi dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura (1963-1965). Penubuhan Malaysia telah mewujudkan satu entiti politik yang kukuh dan bersepadu sehingga ke hari ini. Perpaduan kaum, kestabilan politik yang bertunjangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen serta pencapaian-pencapaian negara yang membanggakan termasuk pembangunan fizikal yang bersifat moden, mega dan mencakar langit turut menjadi paparan galeri ini.
Pengisytiharan Kemerdekaan
Pencapaian Malaysia yang dikecapi dari zaman kemerdekaan hingga kini.

Kemudian pada pukul 11.oo tengahari berakhirlah lawatn kami didalam muzium. Kemudian kami menerus program dengan menyerahkan cenderahati kepada pemandu pelancong yang telah membantu dalam menjayakan program ini.
Setelah jam 12.00 tengahri kami pun menikmati juadah tengahari yang telah disediakan oleh kafe muzium. Kemudian, setelah habis menjamu selera kami pun diberi pelepasan oleh En. Kaza selama 15 minit untuk meneroka kawasan-kawasan yang ada diluar Muzium.
Kemudian kami berkumpul di hadapan muzium untuk menunggu bas tiba. Pada pukul 2.00 petang bas tiba lalu kami pun bertolak pulang. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada pihak muzium keran telah banyak membantu kami dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga terima kasih kami sanjungkan kepada En.Kazar kerana secara tidak lansung telah memberikan peluang kepada kami untuk mengadakan program ini.








1 comment: