LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM NEGARA
NAMA PELAJAR : NUR IZMIRA BINTI MOHD IDRUS
NO. MATRIKS : 17DHK14F1086
NAMA SUBJEK : PENGAJIAN MALAYSIA (DUB 1012)
NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHAMAD KAZAR BIN RAZALI
TARIKH : 26 OGOS 2014
HARI : SELASA
TEMPAT : MUZIUM NEGARA, KUALA LUMPUR.
Pada hari Selasa bersamaan 26 Ogos 2014, kelas DHK 1C telah
mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara, Kuala Lumpur. Kami telah
berkumpul di Anjung Persona yang terletak di Jabatan Pelancongan dan
Hospitaliti pada jam 6.30pagi. Kemudian, pada jam 7.00pagi kami diberi sedikit taklimat
oleh pensyarah subjek Pengajian Malaysia kami sendiri iaitu Encik Mohamad Kazar
bin Razali. Setelah selesai taklimat, sebelum
bertolak kami beratur untuk mengambil sarapan pagi yang disediakan oleh AJK
Makanan.
Setelah 3 jam berlalu, kami selamat tiba ke destinasi iaitu
Muzium Negara, Kuala Lumpur pada jam 10.00pagi. Kami disambut dengan gembira
oleh dua orang pengiring sepanjang berada di muzium itu. Pengiring tersebut
ialah Encik Badrol Hisyam bin Abdul Rahman dan Puan Fadhliatun binti Azmi.
Selepas itu, kami diberi penerangan ringkas oleh Encik Badrol tentang Muzium
Negara. Terdapat 4 galeri di Muzium Negara iaitu Galeri A (Sejarah Awal) ,
Galeri B (Kerajaan Awal) , Galeri C (Penjajahan Barat dan Timur) dan Galeri D
(Malaysia Kini). Di setiap galeri, kami telah diberi serba sedikit penerangan
tentang sejarah di Malaysia dahulu hingga kini oleh Encik Badrol.
Di galeri A, kami telah pelajari tentang pembentukan bumi,
jenis tengkorak, jenis batu yang digunakan pada zaman dahulu, peralatan-peralatan
dan jenis makanan serta pakaian pada zaman dahulu. Selain itu, kami telah
pelajari zaman-zaman dahulu seperti zaman paleolitik, zaman neolitik, zaman
gangsa, zaman logam, lembah bujang, pusat perdagangan awal serta terdapat juga
lukisan yang menarik di dinding gua.
Selain itu, di galeri B kami telah diberi penerangan tentang
sistem pemerintahan pada zaman dahulu, tayangan peta laluan pusat perdagangan
awal dan kerajaan-kerajaan melayu awal di Tanah Melayu. Di samping itu, kami
mengetahui serba sedikit tentang jenis-jenis keris dan fungsinya pada zaman
dahulu, batu bersurat dan manuskrip serta kenderaan maritim iaitu jenis
kenderaan yang digunakan oleh rakyat terdahulu di sungai dan laut iaitu perahu
sagor dan kapal karam(ceramic). Tetapi kini, kapal tersebut telah dijual di
London. Kami juga telah banyak belajar tentang kerajaan di Melaka kerana negeri
Melaka merupakan negeri terawal memerintah di Tanah Melayu.
Di galeri C pula, kami telah diberi info tentang penjajahan
barat dan timur dimana bagaimana kejatuhan Melaka berlaku, kerajaan Johor,
fungsi-fungsi meriam, antara Belanda dan Portugis yang menjajah di Tanah Melayu
dan sebagainya. Di samping itu, kami juga diberi info tentang bagaimana British
membawa masuk pendatang asing ke Tanah Melayu iaitu masyarakat Cina dan India.
Masyarakat cina dibawa masuk ke Tanah Melayu telah diberi kerja iaitu menggali
bijih timah manakala masyarakat India pula menoreh pokok getah. Dari situ terbentuklah
masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Di galeri C ini kami berpeluang untuk
melihat kapal korek, lanca’, basikal tentera Jepun, pedang yang dimiliki oleh
samurai pada suatu ketika dahulu dan banyak lagi yang menarik.
Akhir sekali, di galeri D iaitu tentang Malaysia kini, kami
dapat mengetahui lebih tentang peranan persatuan dalam pergerakan kebangsaan,
pengajian pondok pada zaman dahulu, penulis atau dikenali sebagai ahli
sasterawan. Selain itu, kami juga diberi info tentang Malayan Union,
persekutuan Tanah Melayu 1948, pilihan raya, ideolisme serta punca-punca pemisahan
antara Malaysia dengan Singapura dan Brunei berlaku.
Setelah selesai melawat di setiap galeri, kami telah memberi
sedikit cenderahati kepada kedua-dua pengiring kami sebagai tanda penghargaan.
Tepat jam 12.00tengahari, kami bersama-sama menjamu selera di satu-satunya kafe
yang terdapat di muzium itu dengan ber’menu’kan Nasi Ayam serta Air Mineral.
Setelah itu, kami melawat ke Muzium Etnologi Dunia Melayu (Galeri Kebudayaan)
dimana muzium itu mempamerkan pakaian-pakaian dan menceritakan adat resam pada zaman dahulu.
Setelah selesai melawat ke muzium itu, kami diberi kebebasan oleh Encik Kazar
untuk melawat di seluruh kawasan Muzium Negara itu selama setengah jam sahaja
dan kembali berkumpul di hadapan muzium. Tepat jam 2.00petang kami bertolak
pulang ke pusat pengajian tercinta iaitu Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Pada
jam 3.30petang, kami singgah di Rawat dan Rehat Jejantas Sg. Buloh terlebih
dahulu untuk menunaikan solat fardhu zohor sebelum meneruskan perjalanan. Kami
selamat tiba di PSIS pada jam 5.00petang.
Makanan pada zaman dahulu.
Pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu.
Tengkorak Perak.
Lukisan yang terdapat di dinding gua.
Perahu sagor.
Pakaian pada zaman pemerintahan dahulu.
Kenangan warga DHK 1C bersama pensyarah serta pengiring di Muzium Negara, Kuala Lumpur.
Kesimpulannya, kita dapat memanfaatkan pelbagai ilmu yang
kita peroleh dari Muzium Negara ini. Banyak dapat kita belajar tentang sejarah
di Negara kita iaitu Malaysia Tanah Tumpah Darahku. Bukan sahaja di muzium ini
malah kita dapat menimba ilmu pengetahuan walau di mana sahaja kita berada agar
kita dapat semaikan semangat patriotisme dalam diri kita dan juga orang lain.
good
ReplyDelete