Sunday, August 31, 2014

Laporan Lawatan Ke Muzium Negara

NOR ADLINA BINTI MALEK (17DHK14F1077)

LAPORAN LAWATAN KE MUZIUM NEGARA

Objektif:

1.      Pelajar dapat melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan. 
2.      Pelajar dapat memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat. 
3.      Pelajar dapat menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan.

Pada 26 Ogos 2014, kami telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Muzium Negara, Kuala Lumpur. Para pelajar yang terlibat seramai 37 orang dan diiringi seorang pengiring. Kami bertolak dari sekitar jam 6.45 pagi dan tiba di muzium pada jam 10 pagi. Setelah kami tiba, kami disambut oleh seorang pegawai yang bertugas.


Di dalam Muzium Negara, kami melihat pelbagai kraf dan benda yang digunakan pada masa dahulu. Benda-benda ini dipisahkan kepada empat galeri iaitu Galeri A, Galeri B, Galeri C dan Galeri D.
Galeri A mempunyai maklumat tentang sejarah awal / tamadun manusia. Galeri B, tentang kerajaan awal tanah melayu. Galeri C, tentang Penjajahan Tanah Melayu. Dan galeri D, tentang Malaysia Kini.
Pelbagai pameran sejarah yang dapat kami lihat seperti cara hidup masyarakat setempat, senjata tradisional, corak pemerintahan dan sebagainya. Kami juga melihat Batu Bersurat yang dijumpai di Hulu Terengganu. Kami dapat merasa sebuah batu yang diperbuat daripada batu granik yang dinamai Makara, yang diukir dengan bermacam-macam corak seperti haiwan dan tumbu-tumbuhan. Menurut pegawai yang bertugas, batu itu terletak di pintu masuk rumah ibadat penganut agama Hindu. Kami juga berkesempatan menyentuh perahu sago iaitu perahu kecil yang membawa muatan ke tongkang atau kapal pesisir pantai yang tidak dapat sampai ke pelabuhan. Kayunya sedikit terkopak dan permukaannya kurang licin. Ia masih mempunyai corak kayu semula jadi yang terdapat di atas permukaannya.

 
 
















Keseluruhan program ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Kami juga mendapat penerangan ringkas dan padat daripada Encik Badrol Hisyam Bin Abdul Rahman yang merupakan seorang petugas muzium itu untuk memantapkan lagi pemahaman kami.  Program seumpama ini sewajarnya dicontohi dan diadakan pada masa akan datang kerana mendatangkan banyak kebaikan kepada para pelajar.
Kami diberi pelepasan pada jam 1 petang untuk melawat sekitar tempat tersebut selama setengah jam dan kami tidak melepaskan peluang mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Kami menamatkan lawatan pada jam 2 petang. Semua pelajar sudah berada di luar bangunan Muzium Negara untuk bertolak balik ke politeknik.

Terima kasih yang tidak terhingga pihak kami ucapkan kepada pihak Muzium Negara kerana sudi menerima kunjungan para pelajar Politeknik Sultan Idris Shah. Mudah-mudahan kerjasama yang erat ini akan terjalin utuh demi mencapai matlamat melahirkan atlet pelajar yang bertaraf dunia.


6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Good,这位作者写的太好了。

    ReplyDelete
  3. okey ah, not bad but kena banyakkan huraian baru karangan jadi gramatis...saje cakap..it up to you... if you want to listen or not.

    ReplyDelete