Sunday, August 31, 2014

WAWASAN 2020

WAWASAN 2020


TUJUAN

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan yang pada ketika itu di pimpin oleh Tun Dato Dr Mahathir pada ketika itu,ia bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan dengan wawasan 2020 adalah bukan sahaja dalam bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanianpsikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaanmutu hidupnilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.


PENGENALAN

Pada tahun 1991, Wawasan 2020 (W2020) telah diperkenalkan dengan objektif untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 dengan acuan sendiri. W2020 menggariskan hala tuju untuk mencapai status negara maju dengan mensasarkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 7 peratus setahun sehingga tahun 2020.Kunci kepada pencapaian negara maju ialah dengan mengatasi sembilan cabaran strategik .



Objektif Wawasan 2020

Mencapai kesamarataan pendapatan individu
Membasmi kemiskinana dan  kemunduran ekonomi melalui kerjasama tanpa menentukan identiti        warga
Membentuk Negara maju dengan acuan tersendiri daripada aspek ekonomi ,sosial ,politik ,spiritual ,psikologi dan budaya
►  Mencapai Sembilan objektif atau cabaran-cabaran wawasan 2020



Strategi Wawasan 2020

Mewujudkan Negara yang bersatu
Mewujudkan Negara yang berjiwa bebas ,tenteram dan maju
Mewujudkan dan membangunkan masyarakat yang dimokratik dan persefahaman yang matang
Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
Mewujudkan masyarakat berbilang yang liberal dan bertolak ansur
Mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif
Membuat rancangan yang sistematik dan teratur
Menggalakkan sektor swasta supaya memainkan peranan yang lebih dinamik



CABARAN-CABARAN WAWASAN 2020

Bilangan
Cadangan
Pertama
Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi pada peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
Kedua
Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain.
Ketiga
Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.
Keempat
Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi.
Kelima
Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
Keenam
Mewujudkan masyarakat dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
Ketujuh
Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh.
Kelapan
Pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian  tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.
Kesembilan
Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.



TIGA FASA UTAMA WAWASAN 2020


 Fasa 1 (2010 hinnga 2012)
·      Menjurus kepada langkah menentukan perubahan dan keberhasilan melalui penepatan dan penyampaiaan sasaran NKRA dan MKRA

Fasa 2 (2012 hingga 2015)
·     Tranfomasi kerajaan dilihat serta mendalam dalam kehidupan harian rakyat menjadi lebih baik dan juga mengharap ekonomi Negara lebih maju dan berdaya saing .

Fasa 3 ( 2015 hingga 2020 )
·        Rakyat dapat menikmati kehidupan lebih aman ,manakala kualiti perkhidmatan awam juga meningkat .agar dapat rakyat Malaysia memupuk semangat cinta akan negara dan bangsa serta agama .




RUJUKAN

http://www.epu.gov.my/wawasan-2020-1991-2020
SUMBER RUJUKAN DARI BUKU PENGAJIAN MALAYSIA (m/s)


PENGAJARAN

1. Sesebuah negara haruslah memiliki perancangan pembangunan yang sistematik agar kelestarian pembangunan sosioekonomi terjamin.
2. Demi kepentingan semua pihak, sesebuah negara mestilah memiliki perancangan pembangunan yang telus.
3. Semua warga negara Malaysia bertanggungjawab untuk menyokong segala dasar-dasar kerajaan.
4. Dasar-dasar pembangunan sosial yang diperkenalkan oleh Negara sesungguhnya amat bermanfaat dalam memupuk perpaduan, kesamarataan dan integriti rakyat.
Kesan kepada bangsa dan negara
5. Semua kehendak dan kepentingan masyarakat haruslah diambil kira dalam perancangan pembangunan negara agar tiada pihak yang terabai dalam mengecapi kemajuan negara.
6. Pembangunan negara yang rancak berkembang pesat pada masa ini adalah disebabkan kesan kebijaksanaan pemimpin pada masa lepas.


9 comments: