PENDAHULUAN
Bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu yang diperkenalkan
dari sejak azali lagi. Seperti yang tertera pada Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan bahasa telah memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
yang perlu digunakan untuk maksud rasmi. Sebagai warga Malaysia yang merdeka
kita harus berbangga kerana memiliki bahasa kita sendiri sebagai identiti jati
diri yang unggul sejajar dengan Wawasan 2020. Bahasa kebangsaan merupakan
bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa perantaraan (lingua franca) dari abad
ke -15 dengan wujudnya Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu, bahasa Melayu
digunakan oleh pedagang-pedagang yang datang dari serata dunia. Dalam konteks
hubungan antarabangsa surat-surat rasmi dan dokumen perjanjian turut menggunakan bahasa Melayu bertulis
jawi. Ini membuktikan bahasa Melayu mudah difahami oleh pelbagai kaum termasuk
pihak British. Sejak dari itu bahasa Melayu berkembang luas penggunaannya
termasuklah menjadi bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan menjadi bahasa
rasmi di semua agensi kerajaan termasuklah
di makhamah.
FUNGSI DAN KEPENTINGAN
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu
pengetahuan:
Konsep
bahasa melayu sebagai “Bahasa Ilmu” telah mula diperkenalkan dalam tahun
1990-an seiring dengan penekanan “budaya ilmu” kepada seluruh masyarakat.
Konsep ini membawa maksud Bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu pengetahuan atau
wadah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti sains, teknologi,
kedoktoran, ekonomi, undang-undang dan sebagainya. Sebagai bahasa ilmu, Bahasa
Melayu mempunyai perbendaharaan kata, istilah yang sesuai untuk mengungkapkan
konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak. Bahasa Melayu juga memiliki
tatabahasa yang sempurna agar setanding dengan dengan bahasa Inggeris dan
bahasa-bahasa lain di dunia dalam menjadi bahasa yang memperkatakan konsep ilmu
moden disamping nilai keintelektualan bahasa yang tinggi.
Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Perpaduan:
Perpaduan
atau solidariti dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan
rakyat dan seluruh masyarakat dan negara
supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Dalam erti kata lain,
perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang
diwujudkan secara sengaja di kalangan dan etnik yang berbeza untuk mencapai
matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Oleh itu pengertian bahasa melayu
sebagai bahasa perpaduan dapat diertikan sebagai bahasa yang menjadi lambang
penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan di dalam lingkungan
satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain) yang
berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat rakyat yang berbilang kaum di
dalam sesebuah negara.
Sumber:http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2011/02/bahasa-melayu-sebagai-bahasa-perpaduan.html?m=1
Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Komunikasi:
Manusia
menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi yang penting di dalam kehidupan
seharian mereka. Ini demikian kerana bahasa dan pertuturanlah yang membezakan
manusia dengan haiwan. Selain itu, bahasa mempunyai suatu sistem yang
sistematis, dinamik dan selalu berubah-ubah sesuai dengan perkembangan zamannya. Halliday, di dalam bukunya bertajuk
“Explorations in the Functions of Language” (1973), yang telah mengemukakan
tujuh fungsi bahasa.
Antaranya:-
i.
Instrumental
ii.
Regulasi
iii.
Pemerian
iv.
Interaksi
v.
Personal
vi.
Heuristik
vii.
Khayalan
Fungsi
instrumental bermaksud manusia menggunakan bahasa bagi melayani pengelolaan
lingkungan yang menyebabkan sesuatu peristiwa berlaku . Fungsi regulasi adalah
fungsi bahasa yang bertindak sebagai pengawas dan mengendalikan peristiwa yang
berlaku. Fungsi ini digunakan untuk mengendalikan serta mengatur orang
lain.Fungsi pemerian pula ditafsirkan sebagai penggunaan bahasa untuk membuat
penyataan-penyataan, menyampaikan pengetahuan, membuat penjelasan dan membuat
laporan tertentu. Fungsi interaksi merupakan fungsi bahasa yang memainkan
peranan bagi menentukan supaya hubungan antara manusia dapat terus berlangsung
ataupun dipertahankan. Oleh itu pengetahuan yang luas berkenaan bahasa, loghat,
jargon, slanga, gurauan, cerita rakyat, budaya setempat dan sebagainya. Fungsi
peribadi pula adalah fungsi bahasa yang memberi kesempatan kepada manusia bagi
menyatakan emosi, peribadi serta reaksinya. Setrusnya fungsi heuristik
melibatkan penggunaan bahasa agi memperoleh ilmu pengetahuan. Ini demikian
kerana ia disampaikan di dalam bentuk pertanyaan yang memerlukan jawapan.
Fungsi khayalan juga merupakan fungsi bahasa yang digunakan oleh manusia bagi
mencipta mimpi-mimpi yang mustahil diterima oleh akal. Fungsi ini dibawa
melalui buku-buku dan cerita cerita dongeng. Ketujuh-tujuh fungsi di atas
sebenarnya bersifat saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain bagi
menghasilkan satu bentuk komunikasi yang berkesan di dalam menyatakan pelbagai
topik serta memahamkan pelbagai bangsa didunia. Bahasa merupakan alat
komunikasi paling berkesan di dalam kehidupan manusia.
KEPENTINGAN BAHASA MELAYU
DALAM SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
BAHASA KEBANGSAAN
Menurut Tunku Abdul Rahman,
“adalah wajar bahawa sebagai satu Negara membangun kita memerlukan satu bahasa
kepunyaan sendiri”.
Semasa
Malaysia dijajah bahasa inggeris telah digunakan untuk menjadi bahasa
perantaraan .ia juga telah menjadi bahasa kebangsaan semasa jajahan british
sebelum kemedekaan .selepas kemerdekaan pada tahun 1957 pihak kerajaan telah
mengambil inisyatif untuk menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
.dalam sesebuah Negara yang ingin mempunyai identity yang tersendiri ,bahasa
Melayu telah diangkat menjadi bahasa kebangsaan dan juga bahasa rasmi bagi
Negara Malaysia .
BAHASA
RASMI
Setiap
Negara haruslah mempunyai identiti yang tersendiri .bagi Negara Malaysia pada
tahun 1957 iaitu selepas kemerdekaan bahasa melayu telah menjadi bahasa rasmi
dalam urusan pentadbiran Negara .tetapi bahasa inggeris masih lagi digunakan
dalam beberapa perkara atau urusan rasmi .
ASAS
PEMBINAAN NEGARA DAN MASYARAKAT
Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan Bahasa Melayu sebagai
asas pembinaan negara. Perkara152 ini telah mengiktiraf dan menjadikan Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Perkara ini
termaktub dalam Perkara 152 (1). Ini
kerana pada awalnya malaysia ini didiami oleh penduduk melayu ,dan majoriti
rakyat malaysia lebih daripada 50%. Bahasa melayu juga mudah difahami dan
dipelajari oleh semua kaum dan bangsa di malaysia.
Bagaimana
Bahasa Melayu berfungsi sebangai bahasa perpaduan?
Bahasa melayu dapat menyatukan pelbagai
kaum di Malaysia .Oleh kerana di Malaysia merupakan sebuah Negara yang majmuk tentunya sukar bagi
masyarakat ingin berkomunikasi antara satu sama lain .Penggunaan bahasa melayu
dapat membolehkan masyarakat Malaysia
berkomunikasi dengan mudah dan dapat difahami oleh semua bangsa .Malah ,bahasa
melayu telah terbukti keberkesanannya sebagai alat perhubungan antara daerah
,wilayah dan budaya hingga kesalahfahaman dapat dihindarka dan juga dapat
merapatkan jurang antara kaum .Disebabkan oleh itu, bahasa melayu telah
diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan di Malaysia .Bahasa melayu digunakan ketika menyambut Hari Kemerdekaan dan dapat merealisasikan konsep 1 Malaysia
yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri
Datuk Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak .Perpaduan adalah sebagai satu
proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat .Hal ini kerana cara
paling penting untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum di malaysia ialah
melalui penggunaan Bahasa Kebangsaan .
KESIMPULAN
Kesimpulannya, sejujurnya jelas dan nyata diakui
bahawa masih wujud masalah semangat dan kesungguhan yang belum cukup mantap dan
kukuh dalam penggunaan bahasa Melayu. Fenomena ini berlaku, melalui
peristiwa-peristiwa bahasa Melayu kehilangan tempat dalam upacara dan majlis
rasmi di peringkat kebangsaan, apatah lagi pelbagai isu yang timbul melibatkan
institusi pendidikan negara dicabar dengan penggunaan bahasa lain sebagai
bahasa pengantar lebih diutamakan daripada bahasa ibunda kita sendiri. Lantaran
itu, Malaysia dilihat sebagai `negara tanpa bangsa' - bangsa Malaysia. Hakikat
ini terasa amat pahit, tetapi itulah kebenarannya. Perlu ditegaskan bahawa
bukan isu antibahasa asing diperbahaskan tetapi prinsip kita jelas dan tegas
mengatakan pelajari dan kuasailah bahasa asing, tetapi pendaulatan hanyalah
terhadap bahasa kebangsaan kita sendiri. Inilah sikap dan pemikiran yang amat
diperlukan untuk mencapai Wawasan menjelang 2020.