Pelawat

Sunday, August 31, 2014

Lawatan ke Muzium Negara

NUR NAQIB ALIFF BIN AZIZ
17DHK14F1095

Pada hari Selasa yang lalu iaitu bersamaan dengan 26 Ogos 2014, aku dan rakan sekelas ku telah melawat ke Muzium Negara di Kuala Lumpur. Kami telah berkumpul terlebih dahulu pada pukul 6.oo pagi di hadapan Anjung Persona di Bangunan Jabatan Hospitaliti untuk memastikan tiada yang tertinggal. Lawatan ini disertai oleh 37 orang pelajar dan seorang pensyarah pengiring. Kemudian En. Kazar memberikan beberapa penerangan sebelum kami menaiki bas. Apabila bas tiba kami pun berkumpul dan bermula dengan doa, kemudian kami beratur menaiki bas sementara itu para ajk makanan mengagihkan makan kepada kami. Kemudian kami bertolak pada pukul 6.30 pagi. Kami dibekalkan dengan dua jenis roti dan sekotak air dan kami pun bersarapan didalam bas.

Perjalan kami dari politeknik memakan masa dalam lebih kurang tiga jam untuk ke Muzium tersebut. Setibanya kami disitu kami membeli dan mengagihkan tiket terlebih dahulu. Kemudian kami telah disambut oleh dua orang pemandu pelancong disitu. Pemandu pelancong tersebut terdiri daripada Ketua kurator muzium tersebut Pn. Fadhliatun bt. Azmi dan bersama dengan pembantunya iaitu penolong kanan kurator di Muzium tersebut Encik Badrol Hisham Bin Abdul Rahman. Apabila berada didalam muzium tersebut kami diberi taklimat ringkas dahulu tentang tentatif program. Kemudian kami dibawa masuk ke dalam beberapa galeri.

Galeri A:
Galeri ini menyusur-galurkan evolusi pembentukan muka bumi dan asal usul masyarakat awal di Malaysia, yakni jumpaan alat batu Zaman Paleolitik (200,000 tahun dahulu) sehinggalah artifak peninggalan candi Hindu-Buddha di Lembah Bujang pada Zaman Proto Sejarah. Antara koleksi lain yang diperagakan termasuklah berbagai jenis tembikar Zaman Neolitik, barang-barang perhiasan seperti gelang batu, anting-anting kulit siput serta manik-manik yang digunakan sebagai barang dagangan. Salah satu artifak berharga yang dipamerkan ialah loceng Dong Son yang bertarikh 150 tahun Masihi.
Koleksi lain yang menarik di galeri ini termasuklah replika rangka Perak Man yang bertarikh 10,000-11,000 tahun dahulu diekskavasi di Gua Gunung Runtuh, Lenggong, Perak. Ia merupakan rangka manusia yang tertua dan hampir lengkap yang ditemui di Asia Tenggara. Selain itu, pengkebumian prasejarah yang merangkumi pengkebumian tempayan, keranda kayu balak, kubur kepingan batu turut dipaparkan untuk tujuan mengetahui sistem ritual dan struktur organisasi sosial masyarakat lampau.

Gambar yang menunjukkan lukisan dinding

Gambar “Perak Man”

Beberapa artifak yang terdapat di galeri A

Galeri B:
Galeri ini mempamerkan bukti-bukti sejarah perkembangan tamadun Melayu menerusi pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu di seluruh Nusantara dengan tumpuan khusus kepada kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo.
Kemunculan kerajaan-kerajaan tersebut membuktikan kewujudan suatu sistem pemerintahan yang tersusun dan sistematik di rantau ini seawal abad ke-2 Masihi yang disertai dengan pencapaian dalam bidang sosio-ekonomi khasnya perdagangan antarabangsa serta perkembangan dalam ciri-ciri kebudayaan dan kepercayaan rumpun Melayu.
Fokus utama galeri adalah berkisar kepada Kerajaan Melayu Melaka yang menjadi episod penting dalam sejarah negara. Melaka bukan sahaja terkenal sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang masyhur bahkan bangkit sebagai sebuah kerajaan yang gemilang dan agung di Asia Tenggara serta berjaya mewujudkan satu bentuk sistem pemerintahan beraja yang menjadi ikutan kepada kerajaan-kerajaan yang wujud selepasnya.

Mural Hang Tuah


Diorama Pengislaman Raja Melaka

Galeri C:
Galeri ini memaparkan sejarah negeri-negeri Melayu termasuk Sabah dan Sarawak ketika berada di bawah cengkaman kuasa asing bermula dari penjajahan Portugis pada tahun 1511 ke atas Melaka. Rentetan pencerobohan ini, kuasa-kuasa asing silih berganti kepada Belanda hingga penguasaan British dan Jepun di samping ancaman Siam berterusan menjajah Bumi Melayu.
Tarikan kuasa asing terhadap Bumi Melayu adalah kerana hasil bumi yang kaya dengan rempah dan bahan mentah. Mereka datang untuk menguasai perdagangan rempah dan mengeksploitasi bahan mentah khususnya bijih timah yang mendapat permintaan tinggi di Eropah semasa tercetusnya Revolusi Perindustrian pada kurun ke-18. Penguasaan kuasa-kuasa asing ke atas negara ini berlarutan melebihi 400 tahun. Sepanjang tempoh ini menyaksikan kekayaan negara dibolot, kemasukan imigran dari Cina dan India dan penindasan terhadap anak tempatan yang membawa kepada bibit kesedaran untuk bangkit mempertahankan ketuanan di tanahair sendiri.
Turut dimuatkan adalah kesan dan perubahan-perubahan yang dibawa dan ditinggalkan oleh penjajah dari aspek politik, sosial dan ekonomi.

Diorama Perjanjian Pangkor

Seksyen penjajahan Belanda

Galeri D:
Galeri ini menyingkap sejarah gerakan nasionalisme yang dipelopori oleh tokoh-tokoh kebangsaan sehinggalah kepada penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO (United Malay National Organisation) pada tahun 1946. Kelantangan suara menuntut hak dan pembebasan sepenuhnya dari tangan British telah diperjuangan pelbagai pihak dari pelbagai kaum sehinggalah negara ini akhirnya kembali merdeka sebagai sebuah negara yang bebas dan berdaulat pada 31 Ogos 1957 menerusi meja rundingan.
Pada 16 September 1963 negara maju setapak lagi dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura (1963-1965). Penubuhan Malaysia telah mewujudkan satu entiti politik yang kukuh dan bersepadu sehingga ke hari ini. Perpaduan kaum, kestabilan politik yang bertunjangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen serta pencapaian-pencapaian negara yang membanggakan termasuk pembangunan fizikal yang bersifat moden, mega dan mencakar langit turut menjadi paparan galeri ini.
Pengisytiharan Kemerdekaan
Pencapaian Malaysia yang dikecapi dari zaman kemerdekaan hingga kini.

Kemudian pada pukul 11.oo tengahari berakhirlah lawatn kami didalam muzium. Kemudian kami menerus program dengan menyerahkan cenderahati kepada pemandu pelancong yang telah membantu dalam menjayakan program ini.
Setelah jam 12.00 tengahri kami pun menikmati juadah tengahari yang telah disediakan oleh kafe muzium. Kemudian, setelah habis menjamu selera kami pun diberi pelepasan oleh En. Kaza selama 15 minit untuk meneroka kawasan-kawasan yang ada diluar Muzium.
Kemudian kami berkumpul di hadapan muzium untuk menunggu bas tiba. Pada pukul 2.00 petang bas tiba lalu kami pun bertolak pulang. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada pihak muzium keran telah banyak membantu kami dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga terima kasih kami sanjungkan kepada En.Kazar kerana secara tidak lansung telah memberikan peluang kepada kami untuk mengadakan program ini.








Jurnal Lawatan Ke Muzium Negara

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM NEGARA

NAMA PELAJAR : NUR IZMIRA BINTI MOHD IDRUS
NO. MATRIKS : 17DHK14F1086
NAMA SUBJEK : PENGAJIAN MALAYSIA (DUB 1012)
NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHAMAD KAZAR BIN RAZALI
TARIKH : 26 OGOS 2014
HARI : SELASA
TEMPAT : MUZIUM NEGARA, KUALA LUMPUR.

Pada hari Selasa bersamaan 26 Ogos 2014, kelas DHK 1C telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara, Kuala Lumpur. Kami telah berkumpul di Anjung Persona yang terletak di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti pada jam 6.30pagi. Kemudian, pada jam 7.00pagi kami diberi sedikit taklimat oleh pensyarah subjek Pengajian Malaysia kami sendiri iaitu Encik Mohamad Kazar bin Razali. Setelah selesai  taklimat, sebelum bertolak kami beratur untuk mengambil sarapan pagi yang disediakan oleh AJK Makanan.

Setelah 3 jam berlalu, kami selamat tiba ke destinasi iaitu Muzium Negara, Kuala Lumpur pada jam 10.00pagi. Kami disambut dengan gembira oleh dua orang pengiring sepanjang berada di muzium itu. Pengiring tersebut ialah Encik Badrol Hisyam bin Abdul Rahman dan Puan Fadhliatun binti Azmi. Selepas itu, kami diberi penerangan ringkas oleh Encik Badrol tentang Muzium Negara. Terdapat 4 galeri di Muzium Negara iaitu Galeri A (Sejarah Awal) , Galeri B (Kerajaan Awal) , Galeri C (Penjajahan Barat dan Timur) dan Galeri D (Malaysia Kini). Di setiap galeri, kami telah diberi serba sedikit penerangan tentang sejarah di Malaysia dahulu hingga kini oleh Encik Badrol.

Di galeri A, kami telah pelajari tentang pembentukan bumi, jenis tengkorak, jenis batu yang digunakan pada zaman dahulu, peralatan-peralatan dan jenis makanan serta pakaian pada zaman dahulu. Selain itu, kami telah pelajari zaman-zaman dahulu seperti zaman paleolitik, zaman neolitik, zaman gangsa, zaman logam, lembah bujang, pusat perdagangan awal serta terdapat juga lukisan yang menarik di dinding gua.

Selain itu, di galeri B kami telah diberi penerangan tentang sistem pemerintahan pada zaman dahulu, tayangan peta laluan pusat perdagangan awal dan kerajaan-kerajaan melayu awal di Tanah Melayu. Di samping itu, kami mengetahui serba sedikit tentang jenis-jenis keris dan fungsinya pada zaman dahulu, batu bersurat dan manuskrip serta kenderaan maritim iaitu jenis kenderaan yang digunakan oleh rakyat terdahulu di sungai dan laut iaitu perahu sagor dan kapal karam(ceramic). Tetapi kini, kapal tersebut telah dijual di London. Kami juga telah banyak belajar tentang kerajaan di Melaka kerana negeri Melaka merupakan negeri terawal memerintah di Tanah Melayu.

Di galeri C pula, kami telah diberi info tentang penjajahan barat dan timur dimana bagaimana kejatuhan Melaka berlaku, kerajaan Johor, fungsi-fungsi meriam, antara Belanda dan Portugis yang menjajah di Tanah Melayu dan sebagainya. Di samping itu, kami juga diberi info tentang bagaimana British membawa masuk pendatang asing ke Tanah Melayu iaitu masyarakat Cina dan India. Masyarakat cina dibawa masuk ke Tanah Melayu telah diberi kerja iaitu menggali bijih timah manakala masyarakat India pula menoreh pokok getah. Dari situ terbentuklah masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Di galeri C ini kami berpeluang untuk melihat kapal korek, lanca’, basikal tentera Jepun, pedang yang dimiliki oleh samurai pada suatu ketika dahulu dan banyak lagi yang menarik.

Akhir sekali, di galeri D iaitu tentang Malaysia kini, kami dapat mengetahui lebih tentang peranan persatuan dalam pergerakan kebangsaan, pengajian pondok pada zaman dahulu, penulis atau dikenali sebagai ahli sasterawan. Selain itu, kami juga diberi info tentang Malayan Union, persekutuan Tanah Melayu 1948, pilihan raya, ideolisme serta punca-punca pemisahan antara Malaysia dengan Singapura dan Brunei berlaku.
Setelah selesai melawat di setiap galeri, kami telah memberi sedikit cenderahati kepada kedua-dua pengiring kami sebagai tanda penghargaan. Tepat jam 12.00tengahari, kami bersama-sama menjamu selera di satu-satunya kafe yang terdapat di muzium itu dengan ber’menu’kan Nasi Ayam serta Air Mineral. Setelah itu, kami melawat ke Muzium Etnologi Dunia Melayu (Galeri Kebudayaan) dimana muzium itu mempamerkan pakaian-pakaian  dan menceritakan adat resam pada zaman dahulu. Setelah selesai melawat ke muzium itu, kami diberi kebebasan oleh Encik Kazar untuk melawat di seluruh kawasan Muzium Negara itu selama setengah jam sahaja dan kembali berkumpul di hadapan muzium. Tepat jam 2.00petang kami bertolak pulang ke pusat pengajian tercinta iaitu Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Pada jam 3.30petang, kami singgah di Rawat dan Rehat Jejantas Sg. Buloh terlebih dahulu untuk menunaikan solat fardhu zohor sebelum meneruskan perjalanan. Kami selamat tiba di PSIS pada jam 5.00petang.

Makanan pada zaman dahulu.

Pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu.

Tengkorak Perak.

Lukisan yang terdapat di dinding gua.

Perahu sagor.


Pakaian pada zaman pemerintahan dahulu.

Kenangan warga DHK 1C bersama pensyarah serta pengiring di Muzium Negara, Kuala Lumpur.

Kesimpulannya, kita dapat memanfaatkan pelbagai ilmu yang kita peroleh dari Muzium Negara ini. Banyak dapat kita belajar tentang sejarah di Negara kita iaitu Malaysia Tanah Tumpah Darahku. Bukan sahaja di muzium ini malah kita dapat menimba ilmu pengetahuan walau di mana sahaja kita berada agar kita dapat semaikan semangat patriotisme dalam diri kita dan juga orang lain.

Laporan Lawatan Ke Muzium Negara

NOR ADLINA BINTI MALEK (17DHK14F1077)

LAPORAN LAWATAN KE MUZIUM NEGARA

Objektif:

1.      Pelajar dapat melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan. 
2.      Pelajar dapat memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat. 
3.      Pelajar dapat menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan.

Pada 26 Ogos 2014, kami telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Muzium Negara, Kuala Lumpur. Para pelajar yang terlibat seramai 37 orang dan diiringi seorang pengiring. Kami bertolak dari sekitar jam 6.45 pagi dan tiba di muzium pada jam 10 pagi. Setelah kami tiba, kami disambut oleh seorang pegawai yang bertugas.


Di dalam Muzium Negara, kami melihat pelbagai kraf dan benda yang digunakan pada masa dahulu. Benda-benda ini dipisahkan kepada empat galeri iaitu Galeri A, Galeri B, Galeri C dan Galeri D.
Galeri A mempunyai maklumat tentang sejarah awal / tamadun manusia. Galeri B, tentang kerajaan awal tanah melayu. Galeri C, tentang Penjajahan Tanah Melayu. Dan galeri D, tentang Malaysia Kini.
Pelbagai pameran sejarah yang dapat kami lihat seperti cara hidup masyarakat setempat, senjata tradisional, corak pemerintahan dan sebagainya. Kami juga melihat Batu Bersurat yang dijumpai di Hulu Terengganu. Kami dapat merasa sebuah batu yang diperbuat daripada batu granik yang dinamai Makara, yang diukir dengan bermacam-macam corak seperti haiwan dan tumbu-tumbuhan. Menurut pegawai yang bertugas, batu itu terletak di pintu masuk rumah ibadat penganut agama Hindu. Kami juga berkesempatan menyentuh perahu sago iaitu perahu kecil yang membawa muatan ke tongkang atau kapal pesisir pantai yang tidak dapat sampai ke pelabuhan. Kayunya sedikit terkopak dan permukaannya kurang licin. Ia masih mempunyai corak kayu semula jadi yang terdapat di atas permukaannya.

 
 
















Keseluruhan program ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Kami juga mendapat penerangan ringkas dan padat daripada Encik Badrol Hisyam Bin Abdul Rahman yang merupakan seorang petugas muzium itu untuk memantapkan lagi pemahaman kami.  Program seumpama ini sewajarnya dicontohi dan diadakan pada masa akan datang kerana mendatangkan banyak kebaikan kepada para pelajar.
Kami diberi pelepasan pada jam 1 petang untuk melawat sekitar tempat tersebut selama setengah jam dan kami tidak melepaskan peluang mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Kami menamatkan lawatan pada jam 2 petang. Semua pelajar sudah berada di luar bangunan Muzium Negara untuk bertolak balik ke politeknik.

Terima kasih yang tidak terhingga pihak kami ucapkan kepada pihak Muzium Negara kerana sudi menerima kunjungan para pelajar Politeknik Sultan Idris Shah. Mudah-mudahan kerjasama yang erat ini akan terjalin utuh demi mencapai matlamat melahirkan atlet pelajar yang bertaraf dunia.


WAWASAN 2020

WAWASAN 2020


TUJUAN

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan yang pada ketika itu di pimpin oleh Tun Dato Dr Mahathir pada ketika itu,ia bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan dengan wawasan 2020 adalah bukan sahaja dalam bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanianpsikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaanmutu hidupnilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.


PENGENALAN

Pada tahun 1991, Wawasan 2020 (W2020) telah diperkenalkan dengan objektif untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 dengan acuan sendiri. W2020 menggariskan hala tuju untuk mencapai status negara maju dengan mensasarkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 7 peratus setahun sehingga tahun 2020.Kunci kepada pencapaian negara maju ialah dengan mengatasi sembilan cabaran strategik .



Objektif Wawasan 2020

Mencapai kesamarataan pendapatan individu
Membasmi kemiskinana dan  kemunduran ekonomi melalui kerjasama tanpa menentukan identiti        warga
Membentuk Negara maju dengan acuan tersendiri daripada aspek ekonomi ,sosial ,politik ,spiritual ,psikologi dan budaya
►  Mencapai Sembilan objektif atau cabaran-cabaran wawasan 2020



Strategi Wawasan 2020

Mewujudkan Negara yang bersatu
Mewujudkan Negara yang berjiwa bebas ,tenteram dan maju
Mewujudkan dan membangunkan masyarakat yang dimokratik dan persefahaman yang matang
Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
Mewujudkan masyarakat berbilang yang liberal dan bertolak ansur
Mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif
Membuat rancangan yang sistematik dan teratur
Menggalakkan sektor swasta supaya memainkan peranan yang lebih dinamik



CABARAN-CABARAN WAWASAN 2020

Bilangan
Cadangan
Pertama
Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi pada peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
Kedua
Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain.
Ketiga
Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.
Keempat
Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi.
Kelima
Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
Keenam
Mewujudkan masyarakat dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
Ketujuh
Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh.
Kelapan
Pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian  tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.
Kesembilan
Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.



TIGA FASA UTAMA WAWASAN 2020


 Fasa 1 (2010 hinnga 2012)
·      Menjurus kepada langkah menentukan perubahan dan keberhasilan melalui penepatan dan penyampaiaan sasaran NKRA dan MKRA

Fasa 2 (2012 hingga 2015)
·     Tranfomasi kerajaan dilihat serta mendalam dalam kehidupan harian rakyat menjadi lebih baik dan juga mengharap ekonomi Negara lebih maju dan berdaya saing .

Fasa 3 ( 2015 hingga 2020 )
·        Rakyat dapat menikmati kehidupan lebih aman ,manakala kualiti perkhidmatan awam juga meningkat .agar dapat rakyat Malaysia memupuk semangat cinta akan negara dan bangsa serta agama .




RUJUKAN

http://www.epu.gov.my/wawasan-2020-1991-2020
SUMBER RUJUKAN DARI BUKU PENGAJIAN MALAYSIA (m/s)


PENGAJARAN

1. Sesebuah negara haruslah memiliki perancangan pembangunan yang sistematik agar kelestarian pembangunan sosioekonomi terjamin.
2. Demi kepentingan semua pihak, sesebuah negara mestilah memiliki perancangan pembangunan yang telus.
3. Semua warga negara Malaysia bertanggungjawab untuk menyokong segala dasar-dasar kerajaan.
4. Dasar-dasar pembangunan sosial yang diperkenalkan oleh Negara sesungguhnya amat bermanfaat dalam memupuk perpaduan, kesamarataan dan integriti rakyat.
Kesan kepada bangsa dan negara
5. Semua kehendak dan kepentingan masyarakat haruslah diambil kira dalam perancangan pembangunan negara agar tiada pihak yang terabai dalam mengecapi kemajuan negara.
6. Pembangunan negara yang rancak berkembang pesat pada masa ini adalah disebabkan kesan kebijaksanaan pemimpin pada masa lepas.


journal lawatan Muzium Negara

Selasa, 26 Ogos 2014,
Muzium Negara Malaysia,
Tatee Nafisah binti Roshan
17DHK14F1081
    
       Pada 26 Ogos 2014 bersamaan hari selasa kami telah pergi melawat ke Muzium Negara .kami telah berkumpul terlebih dahulu di jabatan pelancongan pada jam 6.30 pagi. Kami diberi taklimat terlebih dahulu oleh ketua program dan kira-kira jam 7.00 pagi kami menaiki bas dan diberi sarapan kemudian bertolak ke Muzium Negara .pada jam 10 pagi kami telah tiba di Muzium Negara dengan selamat .kami disambut oleh dua orang pegawai dari Muzium Negara iaitu Encik Badrol Hisyam bin Abdul Rahman dan Puan Fadhliatun binti Azmi.
       Selepas itu kami memulakan lawatan bersama dua pegawai tersebut. Lawatan kami bermula memasuki galeri A iaitu permulaan pra sejarah tamadun awal di Malaysia. Encik Badrol Hisyam telah memberi penerangan ringkas tentang sejarah-sejarah awal di Malaysia terlebih dahulu. Di galeri A terdapat alat batu Zaman Paleolitik (200,000 tahun dahulu) sehinggalah artifak peninggalan candi Hindu-Buddha di Lembah Bujang pada Zaman Proto Sejarah
       Di galeri B kami diberi penerangan tentang kerajan-kerajaan awal melayu. Galeri ini mempamerkan bukti-bukti sejarah perkembangan tamadun Melayu menerusi pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu di seluruh Nusantara .kami dapat memahami dengan lebih mendalam tentang kerajaan-kerajaan awal yang telah wujud pada zaman dahulu. Di galeri C memaparkan sejarah negeri-negeri Melayu termasuk Sabah dan Sarawak ketika berada di bawah cengkaman kuasa asing bermula dari penjajahan Portugis pada tahun 1511 ke atas Melaka. Jajahan yang telah belaku haruslah kita mengambil iktibar oleh generasi kini. Kesan-kesan jajahan masih lagi  terdapat di Negara ini .
       Kami juga diterangkan mengenai pembentukkan malaysia ataupun Malaysia kini di galeri D. galeri ini menceritakan tentang semangat nasionalisme yang ditunjukkan oleh tanah melayu untuk mendapatkan kemerdekaan dan menyakinkan british yang tanah melayu juga boleh mentadbir sebuah Negara. Kemudian Negara telah diberi kemerdekaan oleh british pada 31 ogos 1957 .Perpaduan amat penting untuk memastikan Negara yang berdaulat.
          Setelah selesai melawat semua galeri di muzium Negara ,kami telah mendapat penerangan dengan lebih mendalam mengenai sejarah di malaysia. Lawatan kami diakhiri dengan pemberian cenderahati oleh ketua program dan sesi bergambar bersama pegawai Muzium Negara sebagai tanda-tanda kenangan oleh kami. Seterusnya kami berehat seketika dan makan tengah hari di cafeteria. Sesudah itu, kami meneruskan acara dengan melawat tempat-tempat yang ada di kawasan muzium Negara tersebut.
         Akhir sekali kami telah berrgambar di hadapan pintu gerbang muzium Negara untuk dijadikan bukti lawatan kami .kira-kira jam 2 petang kami menaiki bas dan bertolak pulang ke politeknik.



batu pedang megalith(replika) berpahat ‘Allah’ berasal dari pangkalan kempas,negeri Sembilan 









batu Sultan Mansur Shah 










     



Antara pakaian yang dihasilkan pada Zaman neolitik









 manusia perak(replika)


















Gambar bersama pegawai Muzium Negara 

Journal Lawatan ke Muzium Negara

Selasa, 26 Ogos 2014.
Muzium Negara Malaysia,
Azlina Syafinaz binti Azni,
17DHK14F1197.

Pada hari Selasa bersamaan dengan tarikh 26 Ogos 2014, kelas kami iaitu DHK 1C telah mengadakan lawatan ke Muzium Negara yang terletak di Kuala Lumpur. Kami telah berkumpul pada jam 6.30 pagi di hadapan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. Setelah itu, kami diberi sedikit taklimat dan pada pukul 7.00 pagi, kami bertolak menaiki bas yang telah disediakan oleh PSIS. Sebelum menaiki bas, kami beratur untuk mengambil sarapan pagi.

Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam. Seawal jam 10.00 pagi, kami telah selamat tiba di Muzium Negara dan disambut oleh dua orang pegawai yang bekerja di sana iaitu Encik Badrul Hisham bin Abdul Rahman dan Puan Fadhliatun bt Azmi. Selepas itu, kami diminta masuk ke dalam Muzium dan diberi penerangan secara ringkas oleh Encik Badrul tentang tentatif program yang akan dilakukan. Lawatan pertama diteruskan dengan memasuki Galeri A. Galeri A menceritakan mengenai pra-sejarah tamadun awal yang ada di Malaysia. Encik Badrul bertugas untuk menerangkan kepada kami mengenai tamadun-tamadun awal yang ada di Malaysia.

Setelah itu, kami menuju ke Galeri B dimana kami telah diberi penerangan mengenai kerajaan awal yang pernah wujud di Malaysia. Di situ kami dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang kerajaan pada zaman dahulu. Gambar-gambar replika telah dapat membuka mata kami untuk sedar bahawa begitu banyak yang masih tidak kami tahu mengenai searah di Malaysia.

Kami menuju pulak ke tingkat 2 di mana Galeri C dan D berada. Galeri C menceritakan tentang penjajah-penajah yang pernah menjajah Tanah Melayu pada zaman dahulu sebelum kemerdekaan negara. Jajahan yang pernah berlaku pada suatu ketika dahulu, telah memberi banyak erti kepada rakyat pada masa kini. Sebagai contoh, pengorbanan tokoh-tokoh terdahulu untuk memerdekakan negara perlu disemat dan dihargai dalam diri setiap rakyat Malaysia kerana kita harus ingat bahawa tanpa mereka kita tidak akan pernah merasa untuk tinggal di negara yang berbilang kaum, bangsa, agama, dan budaya yang seaman ini. 

Di Galeri D, galeri yang terakhir kami lawati telah menerangkan tentang pembentukan Malaysia pada masa kini. Di situ, menunjukkan bagaimana pembentukan sesebuah negara berbilang bangsa yang berdaulat yang berdiri megah dan tersergam di seantero dunia. Di sini, juga dapat kita lihat perpaduan kaum dalam masyarakat dalam membentuk sebuah negara yang berdaulat.

Setelah penerangan selesai, aktiviti diteruskan dengan pemberian cenderahati oleh ketua program kepada dua orang pegawai Muzium Negara yangtelah membantu kami sepanjang kami berada di sana. Setelah itu, sesi bergambar bersama pegawai-pegawai sebagai tanda kenang-kenangan. Aktiviti kami diteruskan dengan berehat seketika dan mengambil hidangan makanan tengah hari. Sesudah itu, kami meneruskan aktiviti kami dengan melawat tempat-tempat yang ada di kawasan Muzium Negara tersebut selama 15 minit seperti yang diarahkan oleh Encik Kazar.

Akhir sekali, kami mengambil gambar beramai-ramai di hadapan pintu gerbang Muzium Negara untuk dijadikan sebagai bukti dan kenangan lawatan kami ke sana. Tepat pada pukul 2.00 petang, kami pulang ke PSIS. Sebagai kesimpulan, banyak manfaat yang telah saya dapati daripada aktiviti berkenaan dan semoga saya dapat menggunakan apa-apa yang telah saya pelajari di sana untuk pembelajaran dalam kelas.

Di bawah saya pahatkan sedikit sebanyak gambar semasa lawatan ke Muzium Negara:


Contoh tapak pada zaman Neolitik


Kitab Al-Quran pada zaman penyebaran agama Islam



Tokoh-tokoh dan hasil karya buku


Perhubungan antarabangsa antara Malaysia dengan negara lain


Gambar satu kelas bersama dengan pensyarah Pengajian Malaysia, Encik Kazar (tengah) dan dua orang pegawai Muzium Negara yang telah membantu kami.