Pelawat

Saturday, August 30, 2014

LAPORAN LAWATAN

TAJUK: LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM NEGARA

NAMA: NURUL SAFARINA BT FAZIL

NO. MATRIK: 17DHK14F1102

NAMA PENSYARAH: EN. MOHD KAZAR BIN RAZALI

NAMA SUBJEK: PENGAJIAN MALAYSIA (DUB 1012)


Pada tarikh 26 Ogos 2014, kelas DHK1C telah membuat lawatan sambil belajar ke Muzium Negara yang terletak di ibu kota raya Kuala Lumpur. Seawal pagi pada pukul 6.30 pagi kami berkumpul di  Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti iaitu di depan Anjung Pesona. Selepas itu, pensyarah kami iaitu Encik Mohd. Kazar Bin Razali memberi sedikit penerangan sebelum menaiki bas. Bas tiba dan kami berkumpul untuk menaiki bas sementara itu AJK Makanan mengagihkan makanan pada setiap orang ketika hendak menaiki bas. Kami bersarapan di atas bas yang berbekalkan 2 jenis roti berperisa dan sekotak air kecil. Kami bersarapan di dalam bas ketika hendak pergi ke Muzium Negara.
Pada 10.10 pagi kami tiba di Muzium Negara. Bendahari menjadi wakil kami semua untuk membeli tiket masuk ke Muzium Negara yang berharga RM2.00. Tiket diedarkan oleh setiap orang untuk memasuki muzium tersebut. Setiba di pintu masuk muzium kami disambut oleh dua orang pegawai muzium iaitu En.Badrul Hisyam Bin Abd Rahman dan Cik Fadhliatun Bt Azmi. Mereka memperkenalkan diri mereka kepada kami semua. En Badrul Hisyam memberi keterangan tentang sejarah Malaysia pada masa dahulu dan kini. Kami melawat setiap galeri iaitu galeri A, B, C dan D. Pada setiap galeri Encik Badrul Hisyam memberi sedikit info dan keterangan.
                         




Setelah melawat setiap galeri kami semua berkumpul dan memberi sedikit cenderahati kepada pegawai Muzium Negara ini. Pada pukul 12.00 tengahari kami berkumpul untuk untuk menikmati juadah tengahari di cafeteria Muzium Negara yang telah diuruskan oleh AJK Makanan. Setiap orang mendapat Nasi Ayam dan sebotol kecil air mineral. Selepas makan kami berkumpul untuk ke Muzium Etnologi Dunia Melayu (Galeri Kebudayaan) iaitu tentang adat resam dan sejarah orang Melayu. Kami ke situ diringi oleh En. Kazar. Selepas itu, kami dibenarkan untuk melihat kawasan Muzium Negara bersama rakan-rakan. Kami diberikan masa selama setengah jam oleh En. Kazar.
               




Pada pukul 1.30 petang bas tiba untuk mengambil kami semua untuk pulang ke Politeknik Sultan Idris Shah. Kami berhenti di kawasan rawat dan rehat iaitu di Jejantas Sg. Buloh untuk menunaikan solat zohor. Selepas solat kami bergerak pulang dan tiba di Politeknik pada pukul 5.00 petang.
     
  


GALERI YANG TERDAPAT DI MUZIUM NEGARA:

Galeri ini membawa pengunjung menerokai proses pembentukan muka bumi serta menghayati cara hidup masyarakat awal menerusi setiap artifak yang dipamerkan di sini. Pengunjung juga berpeluang mengenali evolusi alat-alat batu yang digunakan pada zaman Paleolitik, Hoabianh serta Neolitik. Antara artifak yang menarik perhatian ialah Manusia Perak, rangka manusia tertua yang hampir lengkap di Asia Tenggara yang ditemui di Negara ini berusia kira-kira 10,000-11,000 tahun dahulu.

Galeri ini menelusuri sejarah perkembangan tamadun Melayu menerusi pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu di seluruh Nusantara khasnya kerajaan-kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo. Fokus galeri ini adalah kepada Kerajaan Melayu Melaka yang merupakan era kegemilangan sejarah ketamadunan Melayu-Islam di rantau ini.

Galeri ini menyelusuri peristiwa yang berlaku dari tahun 1511 hingga 1945. Ia memaparkan sejarah kedatangan kuasa asing bermula dari penjajahan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511 yang menandakan berakhirnya zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga pendudukan Jepun. Turut dimuatkan di dalam galeri ini adalah impak yang ditinggalkan oleh penjajah ke atas Tanah Melayu dari sudut politik, sosial dan ekonomi yang membawa kepada asas pembentukan Malaysia pada hari ini.

Galeri ini menyingkap sejarah gerakan awal nasionalisme yang dipelopori oleh tokoh-tokoh kebangsaan daripada pelbagai kaum yang berlatarbelakangkan kepelbagaian parti politik bermula daripada campur tangan Inggeris sehingga mencapai kemerdekaan pada 1957. Galeri ini juga memaparkan pencapaian negara selepas kemerdekaan hingga kini.


KESIMPULAN:
Kesimpulannya, saya dapat mengetahui lebih pengetahuan dan info tentang sejarah Malaysia yang dahulu dikenali sebagai Tanah Melayu. Lawatan ini juga dapat menarik minat pelajar untuk lebih mengetahui lebih mendalam tentang subjek Pengajian Malaysia.



1 comment: