Pelawat

Friday, August 8, 2014

BUMIPUTRA SARAWAK

PENGENALAN

Negeri Sarawak juga dikenali sebagai Bumi Kenyalang. Negeri ini merupakan negeri yang terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-kira 124,449.51 km2 dan terletak di Pulau Borneo iaitu di Malaysia Timur. Kuching merupakan ibu negerinya dan Sungai Rajang yang merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia terdapat di negeri ini. Sarawak terkenal dengan pecahan kumpulan etnik yang tersendiri.
Sarawak memang cukup dikenali sebagai negeri yang mempunyai pelbagai kaum yang unik dan sukar untuk di dapati di tempat-tempat lain.

                                                          Peta Sarawak




Berikut merupakan senarai kaum-kaum di Sarawak:

·                     Berawan
·                     Bidayuh
·                     Bisaya
·                     Cina
·                     Iban
·                     India
·                     Kajang
·                     Kayan
·                     Kedayan
·                     Kejaman
·                     Kelabit
·                     Kenyah
·                     Kiput
·                     Lun Bawang
·                     Melanau
·                     Melayu
·                     Murut
·                     Penan
·                     Punan
·                     Saban

MAKANAN TRADISI SARAWAK

·         Udang mentah yang segar digaul sebati dengan cili, air limau nipis serta bawang. Umai adalah makanan tradisi asli masyarakat Melanau yang kebanyakkan mendiami sekitar Mukahdan Dalat.


·         Buah Dabai. Salah satu jenis makanan kaum Malanau di mana ianya adalah sejenis buah yang sangat keras.

·         Laksa Sarawak ialah salah satu makanan yang menarik terdapat di Sarawak ia berbeza daripada laksa-laksa lain yang terdapat di semenanjung Malaysia .

·         Ulat Sagu atau Ulat Mulong merupakan salah satu makanan exotic masyarakat Melanau khususnya dan masyarakat peribumi Sarawak yang lain.



JENIS-JENIS TARIAN TRADISIONAL SARAWAK:


Tarian Hari Gawai
Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi .Sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam hasil menuai padi sepanjang tahun ini.  Perayaan Gawai ( Pesta Menuai ) merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban yang merupakan 30% daripada jumlah penduduk Sarawak dan ethnik yang terbesar di negeri tersebut yang disambut pada awal bulan Jun setiap tahun.
Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai sebelum berperang dan  selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang. Ngajat dengan kata lain adalah sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak.
Tarian Ngajat

Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan Orang Ulu di Sarawak. Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian yang melatih orang-orang Iban berperang. Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Di tubuhnya dipakaikan sejenis baju yang dibuat dari bulu-bulu burung tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Penari lelaki digelar sebagai ‘keling’ dan penari perempuan pula digelar sebagai ‘kumang’. 


Tarian Koncong

Tarian Koncong terdapat di Sarawak, ditarikan dengan tujuan mengubat si sakit dan kedua untuk menghibur si malang. Tarian ini ditarikan oleh tiga orang penari wanita dengan iringan nyanyian seorang atau dua orang lelaki. Mereka menari dalam bulatan dan di sebelah tangan kanannya memegang sapu tangan dalam gerakan seolah-olah menyerupai burung terbang.

Tarian Datun Julud

Tarian dari Sarawak ini boleh ditarikan secara berseorangan atau berkumpulan. Ia merupakan tari bersama suku kaum Dayak Kenyah yang tinggal di Bulungan, Kutai, Berau dan Pasir iaitu kawasan persempadanan antara Sarawak dan Kalimantan Timur. Alat muzik utama yang mengiringi tarian ini ialah Sape. Dalam tarian ini bulu-bulu burung dilekatkan di celah jari kedua-dua belah tangan penari sebagai perhiasan. Gerakan langkah yang menghentakkan kaki ke kiri dan ke kanan di ulang-ulang sambil menyanyi dan bertepuk tangan.

Sumber rujukan:

http://lisasyafiqah.blogspot.com/2011/04/tarian-tradisional-bumiputera-sarawak.html
http://www.beloya2u.com/2012/06/makanan-popular-di-sarawak.html
Buku Pengajian Malaysia m/s 311




2 comments: