Pelawat

Sunday, August 31, 2014

Jurnal Lawatan Ke Muzium Negara

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM NEGARA

NAMA PELAJAR : NUR IZMIRA BINTI MOHD IDRUS
NO. MATRIKS : 17DHK14F1086
NAMA SUBJEK : PENGAJIAN MALAYSIA (DUB 1012)
NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHAMAD KAZAR BIN RAZALI
TARIKH : 26 OGOS 2014
HARI : SELASA
TEMPAT : MUZIUM NEGARA, KUALA LUMPUR.

Pada hari Selasa bersamaan 26 Ogos 2014, kelas DHK 1C telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara, Kuala Lumpur. Kami telah berkumpul di Anjung Persona yang terletak di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti pada jam 6.30pagi. Kemudian, pada jam 7.00pagi kami diberi sedikit taklimat oleh pensyarah subjek Pengajian Malaysia kami sendiri iaitu Encik Mohamad Kazar bin Razali. Setelah selesai  taklimat, sebelum bertolak kami beratur untuk mengambil sarapan pagi yang disediakan oleh AJK Makanan.

Setelah 3 jam berlalu, kami selamat tiba ke destinasi iaitu Muzium Negara, Kuala Lumpur pada jam 10.00pagi. Kami disambut dengan gembira oleh dua orang pengiring sepanjang berada di muzium itu. Pengiring tersebut ialah Encik Badrol Hisyam bin Abdul Rahman dan Puan Fadhliatun binti Azmi. Selepas itu, kami diberi penerangan ringkas oleh Encik Badrol tentang Muzium Negara. Terdapat 4 galeri di Muzium Negara iaitu Galeri A (Sejarah Awal) , Galeri B (Kerajaan Awal) , Galeri C (Penjajahan Barat dan Timur) dan Galeri D (Malaysia Kini). Di setiap galeri, kami telah diberi serba sedikit penerangan tentang sejarah di Malaysia dahulu hingga kini oleh Encik Badrol.

Di galeri A, kami telah pelajari tentang pembentukan bumi, jenis tengkorak, jenis batu yang digunakan pada zaman dahulu, peralatan-peralatan dan jenis makanan serta pakaian pada zaman dahulu. Selain itu, kami telah pelajari zaman-zaman dahulu seperti zaman paleolitik, zaman neolitik, zaman gangsa, zaman logam, lembah bujang, pusat perdagangan awal serta terdapat juga lukisan yang menarik di dinding gua.

Selain itu, di galeri B kami telah diberi penerangan tentang sistem pemerintahan pada zaman dahulu, tayangan peta laluan pusat perdagangan awal dan kerajaan-kerajaan melayu awal di Tanah Melayu. Di samping itu, kami mengetahui serba sedikit tentang jenis-jenis keris dan fungsinya pada zaman dahulu, batu bersurat dan manuskrip serta kenderaan maritim iaitu jenis kenderaan yang digunakan oleh rakyat terdahulu di sungai dan laut iaitu perahu sagor dan kapal karam(ceramic). Tetapi kini, kapal tersebut telah dijual di London. Kami juga telah banyak belajar tentang kerajaan di Melaka kerana negeri Melaka merupakan negeri terawal memerintah di Tanah Melayu.

Di galeri C pula, kami telah diberi info tentang penjajahan barat dan timur dimana bagaimana kejatuhan Melaka berlaku, kerajaan Johor, fungsi-fungsi meriam, antara Belanda dan Portugis yang menjajah di Tanah Melayu dan sebagainya. Di samping itu, kami juga diberi info tentang bagaimana British membawa masuk pendatang asing ke Tanah Melayu iaitu masyarakat Cina dan India. Masyarakat cina dibawa masuk ke Tanah Melayu telah diberi kerja iaitu menggali bijih timah manakala masyarakat India pula menoreh pokok getah. Dari situ terbentuklah masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Di galeri C ini kami berpeluang untuk melihat kapal korek, lanca’, basikal tentera Jepun, pedang yang dimiliki oleh samurai pada suatu ketika dahulu dan banyak lagi yang menarik.

Akhir sekali, di galeri D iaitu tentang Malaysia kini, kami dapat mengetahui lebih tentang peranan persatuan dalam pergerakan kebangsaan, pengajian pondok pada zaman dahulu, penulis atau dikenali sebagai ahli sasterawan. Selain itu, kami juga diberi info tentang Malayan Union, persekutuan Tanah Melayu 1948, pilihan raya, ideolisme serta punca-punca pemisahan antara Malaysia dengan Singapura dan Brunei berlaku.
Setelah selesai melawat di setiap galeri, kami telah memberi sedikit cenderahati kepada kedua-dua pengiring kami sebagai tanda penghargaan. Tepat jam 12.00tengahari, kami bersama-sama menjamu selera di satu-satunya kafe yang terdapat di muzium itu dengan ber’menu’kan Nasi Ayam serta Air Mineral. Setelah itu, kami melawat ke Muzium Etnologi Dunia Melayu (Galeri Kebudayaan) dimana muzium itu mempamerkan pakaian-pakaian  dan menceritakan adat resam pada zaman dahulu. Setelah selesai melawat ke muzium itu, kami diberi kebebasan oleh Encik Kazar untuk melawat di seluruh kawasan Muzium Negara itu selama setengah jam sahaja dan kembali berkumpul di hadapan muzium. Tepat jam 2.00petang kami bertolak pulang ke pusat pengajian tercinta iaitu Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Pada jam 3.30petang, kami singgah di Rawat dan Rehat Jejantas Sg. Buloh terlebih dahulu untuk menunaikan solat fardhu zohor sebelum meneruskan perjalanan. Kami selamat tiba di PSIS pada jam 5.00petang.

Makanan pada zaman dahulu.

Pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu.

Tengkorak Perak.

Lukisan yang terdapat di dinding gua.

Perahu sagor.


Pakaian pada zaman pemerintahan dahulu.

Kenangan warga DHK 1C bersama pensyarah serta pengiring di Muzium Negara, Kuala Lumpur.

Kesimpulannya, kita dapat memanfaatkan pelbagai ilmu yang kita peroleh dari Muzium Negara ini. Banyak dapat kita belajar tentang sejarah di Negara kita iaitu Malaysia Tanah Tumpah Darahku. Bukan sahaja di muzium ini malah kita dapat menimba ilmu pengetahuan walau di mana sahaja kita berada agar kita dapat semaikan semangat patriotisme dalam diri kita dan juga orang lain.

1 comment: