LAPORAN LAWATAN
TAJUK: LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM NEGARA
NAMA: NURUL SAFARINA BT FAZIL
NO. MATRIK: 17DHK14F1102
NAMA PENSYARAH: EN. MOHD KAZAR BIN RAZALI
NAMA SUBJEK: PENGAJIAN MALAYSIA (DUB 1012)
Pada tarikh 26 Ogos 2014, kelas DHK1C telah membuat lawatan
sambil belajar ke Muzium Negara yang terletak di ibu kota raya Kuala Lumpur.
Seawal pagi pada pukul 6.30 pagi kami berkumpul di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti iaitu di
depan Anjung Pesona. Selepas itu, pensyarah kami iaitu Encik Mohd. Kazar Bin
Razali memberi sedikit penerangan sebelum menaiki bas. Bas tiba dan kami
berkumpul untuk menaiki bas sementara itu AJK Makanan mengagihkan makanan pada
setiap orang ketika hendak menaiki bas. Kami bersarapan di atas bas yang
berbekalkan 2 jenis roti berperisa dan sekotak air kecil. Kami bersarapan di
dalam bas ketika hendak pergi ke Muzium Negara.
Pada 10.10 pagi kami tiba di Muzium Negara. Bendahari
menjadi wakil kami semua untuk membeli tiket masuk ke Muzium Negara yang
berharga RM2.00. Tiket diedarkan oleh setiap orang untuk memasuki muzium
tersebut. Setiba di pintu masuk muzium kami disambut oleh dua orang pegawai
muzium iaitu En.Badrul Hisyam Bin
Abd Rahman dan Cik Fadhliatun Bt Azmi. Mereka memperkenalkan diri mereka kepada
kami semua. En Badrul Hisyam memberi keterangan tentang sejarah Malaysia pada
masa dahulu dan kini. Kami melawat setiap galeri iaitu galeri A, B, C dan D.
Pada setiap galeri Encik Badrul Hisyam memberi sedikit info dan keterangan.
Setelah melawat setiap galeri kami semua berkumpul dan
memberi sedikit cenderahati kepada pegawai Muzium Negara ini. Pada pukul 12.00
tengahari kami berkumpul untuk untuk menikmati juadah tengahari di cafeteria
Muzium Negara yang telah diuruskan oleh AJK Makanan. Setiap orang mendapat Nasi
Ayam dan sebotol kecil air mineral. Selepas makan kami berkumpul untuk ke
Muzium Etnologi Dunia Melayu (Galeri Kebudayaan) iaitu tentang adat resam dan
sejarah orang Melayu. Kami ke situ diringi oleh En. Kazar. Selepas itu, kami
dibenarkan untuk melihat kawasan Muzium Negara bersama rakan-rakan. Kami
diberikan masa selama setengah jam oleh En. Kazar.
Pada pukul 1.30 petang bas tiba untuk mengambil kami semua
untuk pulang ke Politeknik Sultan Idris Shah. Kami berhenti di kawasan rawat
dan rehat iaitu di Jejantas Sg. Buloh untuk menunaikan solat zohor. Selepas
solat kami bergerak pulang dan tiba di Politeknik pada pukul 5.00 petang.
GALERI YANG TERDAPAT DI MUZIUM NEGARA:
Galeri ini membawa pengunjung menerokai proses pembentukan
muka bumi serta menghayati cara hidup masyarakat awal menerusi setiap artifak
yang dipamerkan di sini. Pengunjung juga berpeluang mengenali evolusi alat-alat
batu yang digunakan pada zaman Paleolitik, Hoabianh serta Neolitik. Antara
artifak yang menarik perhatian ialah Manusia Perak, rangka manusia tertua yang
hampir lengkap di Asia Tenggara yang ditemui di Negara ini berusia kira-kira
10,000-11,000 tahun dahulu.
Galeri ini menelusuri sejarah perkembangan tamadun Melayu
menerusi pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu di seluruh Nusantara khasnya
kerajaan-kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo.
Fokus galeri ini adalah kepada Kerajaan Melayu Melaka yang merupakan era
kegemilangan sejarah ketamadunan Melayu-Islam di rantau ini.
Galeri ini menyelusuri peristiwa yang berlaku dari tahun
1511 hingga 1945. Ia memaparkan sejarah kedatangan kuasa asing bermula dari
penjajahan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511 yang menandakan berakhirnya
zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga pendudukan Jepun. Turut dimuatkan di
dalam galeri ini adalah impak yang ditinggalkan oleh penjajah ke atas Tanah
Melayu dari sudut politik, sosial dan ekonomi yang membawa kepada asas
pembentukan Malaysia pada hari ini.
Galeri ini menyingkap sejarah gerakan awal nasionalisme yang
dipelopori oleh tokoh-tokoh kebangsaan daripada pelbagai kaum yang
berlatarbelakangkan kepelbagaian parti politik bermula daripada campur tangan
Inggeris sehingga mencapai kemerdekaan pada 1957. Galeri ini juga memaparkan
pencapaian negara selepas kemerdekaan hingga kini.
KESIMPULAN:
Kesimpulannya, saya dapat mengetahui
lebih pengetahuan dan info tentang sejarah Malaysia yang dahulu dikenali
sebagai Tanah Melayu. Lawatan ini juga dapat menarik minat pelajar untuk lebih
mengetahui lebih mendalam tentang subjek Pengajian Malaysia.
excellent
ReplyDelete